Thursday 17 July 2014

palestin. syria.

coretan semasa aku attend ceramah about palestin and syria. dalam migu lepas. just for sharing with others. 

palestin? syria? pernah x dengar pasal negara islam ini? atau kita dengar tapi sekadar melepaskan batuk ditangga. tidak berbuat apa2. harinie, aku betul2 terkesan dengan akak Salina Habibi bercerita mengenai dua buah negara ini. Masya- Allah.. terasa betapa diri ini terlalu kerdil, terlalu hina, terlalu alpa dengan nikmat2 yang Allah kurniakan kepada aku. leka dengan nikmat yang Allah berikan hinggakan membuatkan aku tidak bersyukur diam xdiam.dan membuat aku terfikir sejenak. sepanjang 21 tahun, apa yang aku dah buat. apa jasa aku. dan apa yang aku bagi sepanjang hidup ni.

Aku tidak punya ilmu mngenai bumi yang Allah berkati nie, cuma aku nak share apa yang aku dapat tadi. 

Palestin? 
sebuah negara yang dirampas tanahnya, dirampas haknya tanpa rela, dizalimi dan dinafikan hak ke atas negara mereka sendiri. Tetapi, akhlak mereka begitu tinggi, walaupun mereka hidup serba kekurangan. Dek iman mereka yang kuat, semangat jihad yang tinggi dan cita-cita mereka yang mahu mati syahid dan berehat di syurga Allah, maka tiada istilah berehat di atas dunia ini. Kalau pagi, mereka bekerja seperti biasa, dengan profession masing2. ada yang jadi doktor, ada yang jadi guru dan sebagainya. tetapi malam, mereka berjaga, menjaga sempadan negara mereka. kita terfikir? xrehat kah mereka? tetapi mereka menjawab, biarlah syurga tempat mereka berehat. SubhanaAllah..sungguh kental jiwa mereka ini. 

akhlak mereka juga tinggi dalam melayani tetamu. walaupun mereka tidak punya apa2, mereka cuba untuk melayan tetamu sebaiknya. contoh sperti kanak2 disana. walau ada makanan seperti keropok2 or coklat2 ditangan mereka, lalu ada tetamu yang datang di sisi mereka, mereka mengutamakan tetamu tersebut. ya-Allah. sungguh aku tidak menyangka,budak sekecil itu sudah  tahu pengorbanan, sudah tahu adab melayan tetamu. kalau orang dewasa, pantang dipuji barang mereka, 

contoh,
cantiknya tasbih. mereka terus memberi kepada tetamu tersbut. 

yang cukup buat aku terkesan ialah mereka cukup cukup cukup redha walaupun ahli keluarga mereka meninggal. walaupun ibu ayah mereka sendiri, walaupun adik mereka sndri yang baru lahir yang belum sempat menikmati kehidupan hidup. tetapi mereka redha, ahli keluarga mereka telah tiada. dihadapan mereka sendiri. terburai organ dalam badan, pecah kepala dan  sebagainya. mereka hanya mnjawab Allah lebih sayangkan mereka. 

di Palestin, terdapat satu tempat dimana menempatkan orang2 yang cacat hakiki tinggal di rumah tersebut. ada yang xde kaki, ada yang buta matanya, ada yang tangannya xde, berkerusi roda dan sebagainya. tetapi apabila tetamu menziarahi mereka, hanya senyuman dan layann yang mesra mereka berikan. tiada tangisan. mereka cukup tabah. tabah dengan dugaan yang mereka jalani. jika nikmat itu, ditarik oleh Allah, mereka menjawab Allah lebih sayangkan kakinya. xperlu sedih, kerana sudah tentunya kakinya ada di syurga. Ya- Allah, redha mereka itu jauh jauh lebih tinggi dari kita bayangkan. walaupun mereka sedih, keranan kaki itu lah yang buat mereka boleh sujud kepada Allah, kaki itulah boleh mereka berjihad kepada Allah. tapi.. Allah lebih sayangkan kaki itu. maka mereka redha.

maka ketahui lah, sebenarnya mereka tidak mengharapkan wang ringgit kita. cuma mereka mengharapkan doa yang berterusan
dari kita untuk mereka atas dasar saudara sesama ISLAM. duit tidak dapat memberikan kemenangan untuk mereka melainkan
doa dan kebersatuan umat Islam menentang musuh2 Allah.

Maka di Syria pula, berbeza sungguh dengan bumi Palestin. ya, memang tanahnya juga diberkati Allah kerana disitulah tempat dimana makam2 sahabat2 rasulullah dikebumikan. tetapi sayang, dek masalah dalaman iaitu perbezaan fahaman Syiah dan sunni mereka bergaduh sesama sendiri walaupun seagama iaitu ISLAM. bukan itu sahaja, rakyat di negara Syria sangat2 takutkan pemimpin mereka.langsung tidak boleh bercakap, langsung tidak boleh dihina walaupun secara tidak sengaja,langsung. takut mereka mengalahkan takut mereka kepada Allah. sampai la satu saat dimana sekumpulan kanak2yang tidak sengaja menulis di dinding sekolah mereka mengenai pemimpin mereka, lalu sekolah itu ditutup, ditangkap semua muridnya dan disoal. bagi murid yang terlibat, dibunuh, diseksa, dizalimi tanpa belas kasihan. ya-Allah. sungguh kejam pemimpin di Syria ini sehinggakan kanak2  tidak berdosa turut serta dizalimi. maka bangkitlah
ibu bapa kepada anak2 ini, merayu untuk dibebaskan. tapi, dngan bongkaknya polis2 itu menjawab, anggaplah anak anda sudah tiada. maka datang lagi sekumpulan ibu bapa merayu melepaskn anak mereka, berkata lagi polis tersebut, buatlah anak yang lain. sombong sungguh! lalu bangkit lagi, tetapi ditangkap oleh polis tersebut dan dibunuh kesemuanya.tiadabelas ehsan..

Maka, start dari situlah, rakyat Syria bangkit untuk menentang pemimpin mereka yang zalim. byk yang terbunuh..tetapi mereka tetap menentang dan terus menentang. cuma bezanya mereka menentang pemimpin sndiri, makanala di Palestin mereka menentang penjajah asing.

di situlah serba sedikit yang aku dpat hasil daripada mendengar cermah tadi. lalu aku terfikir sejenak. 

aku dilahirkan di bumi yang tiada perang, dilahirkan Islam, sihat tubuh badan. tapi still malas untuk belajar. hanya tahu merungut dan merungut. tidak puas hati dengan orang itu ini. kalau ditimpa ujian, mula merungut.kenapa aku? kenapa aku?

sedangkan Palestin, Syria. dugaan mereka lebih hebat, lebih dsyat dari itu. aku ujian sedikit pun, mula dah hati xtentu arah, mula hilang fokus. orang yang berhari2 mengadap benda yang lebih teruk, lebih redha daripada aku.

aku terfikir, kalau aku berjumpa dengan Allah. aku nak jawab apa kalau ditanya, apa yang kamu buat apabila saudara seislam mu ditimpa musibah. xmalu ke aku menjawab, aku sdg bersenang-lenang. menikmati hidup yang bgaikan tiada mslh.

xmalukah kita? sdgkan saudara seislam aku berjuang dan berjuang utk menentang musuh2 Islam.reset balik hidup di dunia ni

sebenarnya untuk apa. tidak ada melainkan untuk menjadi hamba Allah, menjadi khalifah di bumi dan memakmurkan bumi. itu sahaja.

nasihat utk aku sndiri dan org lain.

jika kita tidak mampu mengangkat senapang menentang, angkatlah tangan berdoa memohon kesejahteraan saudara seislam kita. jika kita tidak mampu berjihad seperti mereka, bersedekahlah kepada mereka supaya mereka mampu untuk mebeli kerperluan mereka dalam menentang musuh2 Allah walaupun mereka tidak meminta.jika kita tidak mampu pergi ke sana melawat bumi Palestin or Syria, maka tunjuklah akhlak yang baik dan cuba jadi muslim sejati dalam erti kata lain redha dan istiqamah melakukan kebaikan walau dimana sahaja. Amar makruf nahi mungkar.

p/s: aku bkn insan yang smpurna, kadang kala ada juga khilafnya. tetapi aku cuba utk smpaikan apa yang aku dapat utk jadikan pedoman hidup utk aku dan org lain. aku xmmpu nk mngangkat senjata, tapi aku jdikan medium blog aku nie utkorg lain mmbca. :)