Thursday 26 April 2012

last day in KMPP:((


assalamualaikum..
urmm..arinie..tamatlah ira
as a student kat KMPP
actually byk kenangan kat sini
terlalu byk sgt
ase sdeyh bila nk tinggal KMPP
nnti xde dah la kuliah
tutorial, amali 
dgn lect2 kat sni

seriusly,..
KMPP nie menyimpan berbagai
kenangan manis dan pahit
cuma manisnya lg byk
dri pahitnya
bgitulah..

masih berlegar2 di ruangan minda
saat orientasi
sumenya serba baru
suasana baru
kawan baru
cikgu baru
ase mcm susahnya nak adapt
biaselah..aku pon xpernah nk dok asrama
mlsd aku dlm pada waktu yg lama

tapi bagi aku
life kat sini mmg best
walaupun kami nie agk busy
agk padat jadual nya
tp kami sntiasa happy
begitulah kami
sntiasa gila2

kenangan yg xbley lupa
bila aku dpt kenal
shakinah, azah and ina..
mmg kat aku syg sgt diorg nie..
walaupun ina dah pindah 
azah pulak dah xrpt..
hanya kinah ja ada disisi
selalu ada disisi
tp aku ttp syg kat diorg
sgt3...i luv u...
aku syg korang sume
aku anggap korang nie
mcm family aku
seriusly...
aku sayang kat korang

hari yg msa ina pindah tu..
aku mmg xdpt lupa
kita hantar ina smpai ke pagar
mmg sedih sgt waktu tu
aku xkan lupa
mmg kita xde mood lgsg 
nk study,,
tp life must go on..
doa aku sntiasa mengiringi korang...

ummmm...family kat KMPP nie gak
termasuklah ayahda and bonda
diorg mmg terbaik
aku dah anggp mcm ayhda and bonda aku
and termasuk uncle..hehe
korang mmg selalu make 
my life more happening!!!!
aku syg sgt..
bg aku 
korang sume kawan terbaik aku :)))
terima kasih byk2 sbb sentiasa 
ada utk aku
terutama shakinah a.k.a kinah

kinah......
walaupun nnti kita akan jauh dlm masa 4 bulan
aku hrp sgt...nnti kita akan dpt jumpa lg..
aku hrp sgt persahabatan kita kat KMPP
akan sentiasa ada..
bak bond yg ada sentiasa ikatkan atom
haha
falsafah kimia pulak
ok...
cuma kat sini aku nak ckp..
hg kwn yg sgt baik
yg gila2 mcm aku..
yg aku paling sayang
sbb hg selalu ada...
selalu ada nk dgr luahan perasaan aku..
selalu ada utk ajar aku math..
selalu dgr aku merungut xske math
aku akn ingt smpai bila2
smpai mati pun aku ingt
kinah....
aku hrp nnti kita dpt U yg sama
walaupun kos lain2
aku selalu berdoa agr kita
ditakdirkan sekali
bg aku hg la sahabat kat KMPP
yg palinnnngggggg aku sayaaanggggg:)))
I LOVE U...
tp kalau ditakdirkan kita xsma2 lg..
hg jgn lupkan aku:((

aku xkan lupa kenangan kita..
selalu datang kelas lmbt..
mkn koay teow sup kat kafe D ngan ayhda and uncle..
pergi pntai merdeka
pulau sayak,
taman negara,..
jalan2 kat KMPP
mkn kat luar dgn uncle
(siap ada video lagi)
clusss!!!!
aku xkan lupa..
kalau nak senarai nie
mmg byklaa...
tapi aku akan ingt smpai bila2..

ummm..nnti kita jumpa lg ok
mse MPPB ataupun kat UKM
aku janji ngan hg nak blikan hg TEDDY BEAR kan??
nnti aku blikan ok..
hg pon bli kat aku sma
kita tukar..
nnti kalau kita dok jauh
bila aku tgk teddy bear tu
at least aku akan ingt kat hg..
kalau xde nk dgr aku merungut pun.,.
at least aku ada tedyy bear yg dgr luahan aku
tu jaaa aku hrp...

utk kwn2 sume..
aku sayang korang sgt2
walau mana pun korang brda
aku slalu akn doakan korang
and selalu syg korang
lect kat sni pun terbaik..
aku syg sgt!!!!!
mmg aku xkan lupa jasa diorg
curah ilmu dgn xterkira byknya
mndgr masalah kami
sumelah...
mmg xkan terbalas jasamu..
selagi hayat dikandung badan
hanya ALLAh lah tmpat aku 
sematkan doaku
utk semua yg aku syg kat KMPP.

Wednesday 18 April 2012

JENIS DARAH ANDA AND DARAH DI SIA

JENIS DARAH ANDA

AND DARAH DI SIA


assalamualaikum..
ok..entry utk hari ini
bknlah sessi luahan perasan ek
mcm korang baca kat ats tu
ira just want to share
a little bit
makna jenis darah korang
and darah si dia

seperti yg ira ckp sebelum2 nie
nie based on penyelidikan 
yg tlh dibuat oleh
Prof. Nur Shahira bt. MOhd Ashri
di GOOGLE

jom kita selongkar tgk!!!
jeng3x

SI DIA BERDARAH “A”…. 
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…J 

SI DIA BERDARAH “B”… 
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri…
J 

SI DIA BERDARAH “O”… 
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…
J 

SI DIA BERDARAH “AB”… 
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…
J 



ANDA BERDARAH “A”… 
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…
J 

ANDA BERDARAH “B”…. 
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!… (alamak ira laa!!)
 

ANDA BERDARAH “O”… 
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?


ANDA BERDARAH “AB”… 
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…

ADAKAH SI DIA SOULMATE ANDA??


ADAKAH SI DIA

SOULMATE ANDA??


andai itu takdirnya
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? 

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT SIAPA YANG KENA!!!! 

Petanda 1 
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. (bkn wonderpets eh)Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! 

Petanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! 

Petanda 3 
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... 

Petanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. 

Petanda 5 
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 

Petanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya.. 

Petanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 

Petanda 8 
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?
so??
ada tak ciri2 soulmate kat si diaa...hehe:))

Monday 16 April 2012

KARAKTER DIRI DAN SELERA JODOH



KARAKTER DIRI 

DAN SELERA JODOH

assalamualaikum..
hmmm..arinie
ira xtau nk tulis entry ape
mse ira dok google2
sje nak bca artikel ptg2 nie
ase mcm artikel nie agak menarik
jom,kita try usha
apa yg menarik sgt tuuu...
jeng3x

jom kita selongkar karakter diri korang
and selera jodoh 
yg maybe
sesuai dgn korang
bukan nak ckp betul ke x
cuma yg nie berdasarkan kajian semata2
kerana
kita sebagai umat ISLAM
sudah sedia tahu 
yg jodoh kita 
di tangan ALLAH
am I right??

Anak Tunggal

Sifat : Ciri khas anak tunggal suka menggantungkan cita-cita yang tinggi dan sangat idealistik. Anak Tunggal memiliki kadar idealistik yang  tinggi (tertinggi diantara anak yang lain dalam soal jodoh, dan pekerjaan). Anak tunggal juga sangat suka merantau, berekreasi atapun bekerja. Anak Tunggal memiliki persamaan dengan anak pertama iaitu  tidak suka membuat sebarang masalah (cinta akan kerdamaian). Kecenderungan si Anak Tunggal lebih suka kepada lawan jenis yang berwajah dan bersikap dewasa. Biasanya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. 

Selera Jodoh: Anak tunggal menurut penelitian Psikologi kurang sesuai dengan anak tengah, akan banyak konflik terjadi karena banyak perbezaan antara mereka. Anak tunggal kurang suka dengan pasangan yang anak bongsu, dia lebih suka yang bersikap dewasa dan serius seperti anak Pertama (umumnya).


Anak Sulung

Sifat : Sifat dasar anak pertama adalah bijaksana, bersikap lebih dewasa dan memiliki paling banyak ilmu namun jarang dikeluarkan/diucapkan. Lebih banyak berfikir. Anak Sulung berfikir lebih mendalam serta kritis (umumnya memiliki daya analisa yang paling teliti).
 Anak pertama kebiasaannya mempunyai banyak ilmu, di dalam dirinya namun tidak banyak dikeluarkan oleh ucapan kecuali oleh teman terdekatnya saja. Sifat baik anak Sulung yang lain adalah jarang memukul atau tidak suka mengusik karena sifatnya agak serius. Mereka sentiasa memikirkan masa hadapan keluarga, diri sendiri.

Sifat buruk anak Sulung adalah paling tegar, paling liat, dan sangat pemilih dalam urusan jodoh daripada anak-anak yang lain (pada umumnya), dan biasanya sangat mengharapkan sekali pasangan yang kacak atau yang cantik, dan berduit.

Selera Jodoh :Anak Pertama orangnya lebih matang dan dewasa, biasanya suka dengan anak Bungsu, namun tidak menutup kemungkinan suka anak di posisi yang lain. asalkan ada rasa cinta, karana pada umumnya Anak pertama menyukai pasangan yang cantik/kacak atau yang berfikiran jauh/matang (idealistik). Mereka lebih cerewet dalam soal jodoh kerana inginkan yang terbaik untuk keluarga. Dapat dijadikan contoh yang baik. Sikap orang lain tak boleh lebih darinya jadi pegangan.(mmg betul!!)

Anak Tengah


Sifat : Anak Tengah memiliki sifat yang lebih bebas, berani, keyakinan diri tinggi dan lebih mudah menunjukkan ekspresi dalam perkataan dan tindakan (Mudah member pandangan, dan sangat lancar dalam gerakan). Sifat baik anak Tengah adalah sangat ramah dan mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan orang lain sehingga dengan mudah disukai banyak orang, disamping itu memiliki jiwa seni lebih tinggi daripada anak yang lain (Seniman).

Sifat kurang baiknya adalah senang beremosi, senang tersinggung, suka mencari pasal, namun mudah merasa salah, rajin menolong. Anak tengah biasanya susah mengalah Anak Tengah paling berani diantara yang lain . Biasanya Anak Tengah paling mudah berkomunikasi atau akrab juga dengan anak tengah tapi bergaduh juga dengan anak tengah itu sendiri. Ego mereka juga sedikit tinggi berbanding adik beradik yang lain.





Selera JodohKalau menurut ilmu jodoh psikologi anak tengah kurang sesuai dengan anak tunggal disebabkan karana banyaknya perbezaan dan akan ada banyak konflik. Anak tengah akhirnya akan mencari jodoh yang akan dapat memenangkan hatinya.



Anak Bongsu

Sifat : anak bungsu memiliki sifat Fun (menyenangkan) dan manja. Kerana sudah mempunyai kakak-kakak diatasnya, jadi mereka merasa menggantungkan dengan kakaknya atau orang tuanya. Anak Bungsu kurang sesuai untuk menjadi seorang pemimpin karana kurang tegas (tidak semua begitu). Kebaikan anak Bongsu ini umumnya mempunyai badan paling sihat, jarang mengalami sakit apatah lagi yang sakit yang berat-berat, dan biasanya paling awet muda diantara anak-anak yang lain (baby face). Sifat buruk dari anak Bongsu adalah Selalu boros, dan kurang suka menabung karana kurang suka perhitungan dalam kehidupan. Kebergantungan kepada ibu bapa juga lebih. Mereka lebih memahami ibu bapa, kerana pernah tinggal antara anak Bongsu, Ibu serta bapa (3 beranak) sebelum Anak bongsu itu besar dan membina keluarga sendiri. mereka suka bercerita hal peribadi mereka kepada sesiapa, terutamanya kepada ibu bapa.

Selera Jodoh : Dalam hal jodoh Anak Bongsu sesuai dengan semuanya karana anak bungsu oranganya tidak terlalu memilih dan cerewet asalkan dapat mendapatkan jodoh yang baik (menurut pendapat dan citarasa masing-masing).


Sunday 8 April 2012

untungnya seorg wanita bergelar isteri ^_^

untungnya seorang wanita bergelar isteri ^_^

assalamualaikum
entry utk arinie..
alkisah tentang isteri
hmm..as a girl
ira ase mcm takutlah nak kawen
bkn ape?
takut xdpt nak jalankan tanggungjawab 
sebagai isteri
dgn sebaiknya

tapi..kita jgn sesekali lupa..
pesanan kekasih ALLAH

"Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)"

sebanarnya byk kelebihan 
bila kita berkahwin
mcm kita tau
dpt ikut sunnah nabi
jauh daripada zina
and dpt tmbh ummat nabi
disebalik itu..
jom kita explore..

KELEBIHAN UNTUK SI ISTERI

1)sekali suami minum air yg dsediakan oleh isterinya adlah lbh baik dari berpuasa setahun.

2)makanan yg dsediakan oleh isteri kpada suaminya lbh baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3)mandi junub c isteri dsebabkan jimak oleh suaminya lbh baik baginya drpd mengorbankan 1000 ekor kambing sbagai sedekah kpda fakir miskin.

4)apabila isteri hamil ia dcatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kpda suaminya sbagai jihad.

5)pemeliharaan yg baik trhadap ank2 adalh mnjadi benteng neraka, pandangan yg baik dan harmoni trhadap suami adalah ibarat berzikir.

 6)tdk akn putus ganjaran dr ALLAH SWT kpada seorg isteri yg siang dan mlmnya mengembirakan suaminya.

7)apabila meningal dunia dan suaminya redha,nescaya dia dmasukkan ke dlm syurga.

 8)seorg wanita apabila ia mngerjakan solat yg dfardhukan ke atsnya,brpuasa pd bln ramadhan,mnjaga kehormatan dirinya dan taat kpada suaminya maka berhaklah ia msk syurga dr mna2 pintu yg ia suka.

apabila dipandangan ALLAH pula..
si isteri nie banyak kelebihannya..
(bersyukur jd perempuan):))



Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi 

i luv u dear!:)

Woman was made from the rib of man,


 She was not created from his head to top him, 
 Nor form his feet to be stepped upon,
 She was made from his side to be close to him, 
 From beneath his arm to be protected by him,
 Near his heart to be loved by him. 

so jangan takut eh nak jadi isteri bagi seorang lelaki...
smoga bahagia:))

Wednesday 4 April 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

JODOH ITU RAHSIA ALLAH
S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita
merancang.
Selama mana kita
menunggu.
Sekeras mana kita
bersabar.
Sejujur mana kita
menerima dirinya.

Jika takdir Allah
menentukan yg kita akan
bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama
dgnnya.
Jika Allah telah menulis
jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama
dirinya.

Kerana tulang rusuk dan
pemiliknya takkan
pernah tertukar dan akan
bertemu pada saat yg
tepat menurut ilmuNya,
insya-Allah.
Tiada yg kebetulan
melainkan semuanya
telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik
merancang itu adalah
Allah S.W.T ♥


andai engkau tahu luahan hati ini...
ya,aku mmg ingin denganmu...
namun,semakin aku mendekatimu,
semakin jauh kau dariku..
apa salahku..
aku tak berdaya lagi nak memaksamu
aku tak berdaya lagi menanggung azab rindu terhadapmu
cukuplah engkau pinggirkan aku
menganggap aku tiada disisi kamu
aku setia dengan kamu
namun,engkau mepermainkan perasaan ini
aku perlukan kamu detik ini
saat ini
namun engkau tiada juga disisi ini

mana pergi semua janjimu
engkau kata engkau akan berada disampingku
engkau akan menemani aku
namun setiap kali aku mesej
tiada balasan aku terima
aku tunggu 
dan terus menunggu
mengharap kau dengar luahan hati ini
namun kau tiada

kau janji..
lepas exam kau akan bersama denganku
tapi betul ke?
apa kau mampu?
setiap kali kau berjanji
setiap kali tu jugak kau mungkiri
dengan alasan sibuk
orang lain pun sibuk
tapi ada jugak masa untuk temannya
tapi aku??
apa aku dapat
aku tunggu kamu...
tapi kau tak hadir dalam hidup ini...
aku menunggu lagi..
tapi hampa..
kekecewaan yg aku terima
♥ awak tak amek kesah pasal saya, tapi ada orang laen yang amek taw,
♥ awak tak jawab call saya, tapi ada orang lain call saya,
♥ awak tak reply mesej saya, tapi ada orang laen mesej saya tiap masa,
♥ awak tak nak jumpa saya, tapi ada yang nak wat janji temu dengan saya,
♥ awak tak tanya saya dah makan ke belum, tapi ada yang tertanya kepada saya,

# SAYA TAK MENGHARAP ORANG LAEN WAT MACAM TU, SAYA CUMA MENGHARAP AWAK.....BILA SUATU HARI NANTI SAYA BERHENTI MENGHARAP, ITU BUKAN SEBAB SAYA DAH TAK SAYANG AWAK, CUMA MELEPASKAN AWAK UNTUK BAHAGIA DENGAN ORANG LAIN.... :'(